Senarai Semua Pengumuman oleh AJK


Keahlian Khairat Kematian Hillpark

Maklumat bayaran secara online adalah seperti berikut:
o Nama akaun : Persatuan Khairat Kematian Hillpark Bandar Teknologi Kajang, Selangor
o No akaun : 8604643932
o Bank : CIMB
o Emailkan slip bayaran & borang kepada badankhairatkematianhillpark@gmail.com

Sebarang pertanyaan mengenai PKKHP boleh berhubung dengan:
o Tuan Pengerusi En. Faizi di talian 011-331 46822
o Tuan Timbalan Pengerusi En. Suzly Jefri di talian 012-312 1224

Penerangan Ringkas Khairat Kematian Hillpark Seperti Di Bawah:

KEAHLIAN
1) Terbuka kepada umat Islam yang bermastautin di Taman Hillpark, Bandar Teknologi Kajang, Selangor.
2) Satu keahlian akan mewakili satu rumah atau satu keluarga di bawah tanggungannya dan hendaklah didaftarkan dalam Borang Pendaftaran:
• Ahli
• Isteri atau suami
• Anak-anak di bawah tanggungan ahli (18 tahun ke bawah atau berumur sehingga 24 tahun yang masih belajar)
• Ibu-bapa atau mertua atau penjaga yang tinggal bersama.
3) Seseorang yang ingin menjadi ahli hendaklah memohon dan mendaftar namanya, nama-nama tanggungannya dan nama warisnya yang lengkap dengan umur dan alamat kepada Setiausaha / Ahli jawatankuasa.
4) Terma dan syarat keahlian adalah tertakluk kepada pindaan dari masa ke masa.

BANTUAN KEMATIAN
1) Jika berlaku kematian ahli atau tanggungan di kawasan kariah Hillpark ataupun di mana sahaja, wang bantuan urusan jenazah (belanja pengebumian) akan diberikan sebanyak RM 800.00 (Ringgit Malaysia: Lapan Ratus sahaja).
2) Jika berlaku kematian di kawasan kariah Hillpark, pakej urusan jenazah akan diselaras bersama Bahagian Pengurusan Jenazah, Masjid Jamek Pekan Kajang, Selangor.
3) Sebarang perubahan pengurusan jenazah akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

BANTUAN KEWANGAN
1) Wang bantuan akan dikeluarkan apabila berlaku kematian seperti di bawah ini:-

• Atas kematian ahli sendiri RM 300.00
• Atas kematian suami/isteri ahli RM 300.00
• Atas kematian anak ahli RM 300.00
• Atas kematian ibu/bapa ahli RM 200.00
• Atas kematian datuk/nenek atau penjaga ahli RM 200.00


JAWATANKUASA PENAJA PERSATUAN KHAIRAT KEMATIAN HILLPARK
Penasihat : Tuan Haji Hamzah
Pengerusi : Aziman Faizi Bin Hj Kurdus
Timbalan Pengerusi : Suzly Jefri Bin Ab Jalir
Setiausaha : Mohd Saifunizam Bin Mokhtar
Bendahari : Faiq Azhari Bin Mohamed Shukri

PERSATUAN KHAIRAT KEMATIAN HILLPARK , dikemaskini pada 11 March, 2022 21:12. Mula-mula diumumkan pada 11 March, 2022 21:12.


ekhairat - © 2012 - 2024   Diuruskan oleh Quantum Digital International Sdn Bhd